Photobucket



Tuesday, April 07, 2009
Hilang Lagik..

Semalam saya tekejut bila dengar satiu berita. Bila mereka start mukaddimah saya dah boleh agak ape yg akan dicakap.Yer la melihatkan kepada simptom2 semasa jugak la kan..Dan..ape yang saya fikirkan utk tempoh 3 saat itu akhirnya betoll..saya dan housemate saya yang berkerja tuh akan hilang lagik sekali..hmm..mungkin ada hikmah disebaliknya..yer la pipit tak boleh terbang dengan enggang sebab burung enggang asal dari sarawak, burung pipit plak ala2 semenanjung je tempatnye..

Walaupun tak tahu bila sebenarnya ini akan terjadi, saya harap kalian bahagia dengan keputusan yang diambil. Walau ape pun yang tejadi kita tahu ape sebenarnya yang berlaku. Kalo ada mulut2 sumbang yang bersuara..anggapla mereka umpama wartawan yang tak dilatih mengambil kursus etika kewartawanan. Anggap je cam sampah..

Keh..keh..keh...Saya risau ni mana la tahu bulan 7 ni , housemate saya yang lagi sorang tu plak kehilangan....

Posted at 06:00 pm by joetosz
Dah ada mesej! (5)  

Sunday, April 05, 2009
Tak Paham-Paham Ke?

Dalam dunia ni memang ada macam-macam manusia. Setelah aku idup di alam dunia ni lebih daripada 24 tahun, aku rasa dah mcam-macam gelagat manusia dah aku jumpa. Ada yang aku suka, aku kagum, aku benci, aku menyampah, aku cuak, aku takut..macam-macam la senang cite. Tapi bila jumpa dorang ni la aku rasa melatih diri to be matuared n aku belajar yang semua manusia kat dunia ni sebenarnya tak sama.Hmm..manusia-manusia..

Dalam banyak-banyak peel manusia ni kan?aku paling tak paham dengan orang yang tak paham-paham..paham tak??hahaha..Dah tak tahu dah nak bagi sign mcam mane kat manusia ni..Katalah kalau kita suka kat dia, of couse la kan kita akan bg sign2 yg menunjukkan kita suka or senang dengn kehadiran dia..tapi kalo kita tak suka kita akan bg sign yang kita tak berapa selesa dengan kehadiran dia..tapi..orang-orang cam ni tak paham la pulak..dia akan selalu beranggapan semua orang suka dia...ooppsss...this is we call MUKA TAK TAHU MALU!

Yang ni plak ada satu kes yang aku tgh handle, ada la manusia ni tak berapa senang dengan kemunculan aku di satu tempat. Punya la tak pueh hati sampai menunjuk ciri-ciri yang jelas dan nyata yang dia tak suka aku..tapi as a communication student aku tahu dia tak suka aku..hahaha..so aku pun tunjukkan yang aku tak suka dia dengan membuatkan beliau lagi sakit hati dengan kehadiran aku..hahaha..ape la jenis manusia nak dengki mendengki ni..

Jangan ingat macam ni : kalo kita rasa seseorang tu bodoh, sebenarnya dia tak la sebodoh yang kita sangka dan  kalau kita ni pandai sebenarnya kita ni tak la pandai mana pun..hahahaha..

P/S : Saya rasa akan ada manusia2 lain yang tetiba terasa dengan entry ini. Dont be fool!

Posted at 02:07 pm by joetosz
Kalo brani komen ar!  

Friday, March 27, 2009
AV1770

-Bape ramai yang tengok cite ni kat panggung berdiri masa lagu negaraku kuar? Sape tak bangun tu maknenyer anda ini pekak! Kecuali Mahesh la sebab dia memang sah2 pekak dalam cite ni.

 

-Tajuk cite ni pun bukan sekadar TALENTIME tapi ada makna TALE n TIME

 

-Cite ni kan ke pasal pencarian bakat budak2 masa Talentime sekolah yang ke 7, 7 peserta, 7 juri, 7 cikgu, 7 motor untuk angkot dak2 ni g latihan…so amat bertepatan la dengan musim nyanyi2 popular no 1 negara AF7..

 

-Anda bangga jadi melayu ke jadi islam? Setelah tgk cite ni saya rasa saya kena bangga dengan nama ISLAM bukan MELAYU..

 

-MELAYU ke kalau suh semayang asalan tak bawak telekong? Tapi ko riso plak kalo makan makanan Cina??- lakonan meletop Ida Nerina.

 

-Watak Hafiz sangat menunjukkan tentang orang MELAYU yang sebenarnya ada bangsa lain tak pueh ati, KAHOE..tapi MELAYU tetap baik ati..MELAYU pandai…pandai belajor, pandai buat lagu.. dalam cite ni jugak MELAYU nek keta cabok (masa cikgu anuar dtg umah melor) tapi bapak Kahoe nek merz ok….

 

-Part uncle Mahesh mati…I was thingking is dat dorang bergaduh ngan bangsa M???oooouuuuuuu…..so 13 Mei …

 

-Suka part Hafiz semayang..tetiba ada burung melintas..ape maknenye???kalo la amek cara katarsisnyer kan..aku rasa tu metafora keredhaan tuhan kat budak tuh…

 

-Watak Jidd Murad yang jadi kawan baek Cik Embun…yang ni aku kompius jugak..sangat la memberikan makna yang mendalam .. “Saya ni halimunan..tak jalan..kadang-kadang terbang..”- adakah ini metafore makluk halus or malaikat maut?hahaha...

 

-Strawberi yang dimakan oleh Cik Embun tu...sesuatu sangat...aku ingat taktik Dato K mengurat CT..tapi aku rasa tu la kemanisan cinta sebenarnya..

 

-Aku nyaris2 nak nangis tgk cite ni..time Mahesh kena belasah ngan mak dia depan Melor. Pastu Mahesh bgtau yang dia boleh lupakan Melor tapi mak dia kena ajar hati dia utk cakap tak... n oso la  time lagu ending Hafiz utk mak dia..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

 

-Cinta dalam cita ni banyak....Cinta Antarabudaya paling banyak..tapi CINTA LA KAT MAK HANG PA SUMA..

 

Kesimpulan : WAJIB TENGOK LEBIH 7 kali dan 7 bintang aku bagi!!!

 

Posted at 11:39 am by joetosz
Dah ada mesej! (9)  

Sunday, March 08, 2009
~if u still loving dis school...~

Special invitation for Alumni..

Malam Perdana datang lagik...so kepada alumni merangkap kawan2 haku yang selalu singgah blog ini (selalu kerr??) meh la memeriahkan aktiviti ini pada tahun ini..tema for dis year ala2 tradisional la sket..yer la mengimbau kembali sejarah dan juga asal-usul kita sebelum kita menjadi kita pada hari ini kan??? so kepada anda yang berminat silala call saya yerr... 

Posted at 12:49 pm by joetosz
Kalo brani komen ar!  

Monday, February 23, 2009
PGLTM Marvelous!

Sabtu lepas saya mengotakan janji bersama kawan-kawan untuk menonton PGLTM sesion 3 di Istana Budaya. Berbanding dengan dua lagi kawan yang turut sama menonton ini adalah kali ke-2 saya pergi menyaksikan pementasan bertaraf dunia ini. Maka segala jalan cerita sedah ada dalam kepala..tunggu nak refresh je balik. Kawan2 saya ni baru kali pertama..itu pun atas usaha mereka sendiri mendapatkan tiket untuk pergi menonton. Terima kasih yer..

Saya menjangkakan persembahan kali ini akan lebih menampilkan kelainan dan magis seperti yang digembargemburkan dalam media di Malaysia. Ternyata ianya benar..walaupun jalan cerita pada musim ini tiada banyak bezanya berbanding musim terdahulu namum memang ada penambahbaikan pada musim kali ini. Terutamanya pada babak Dato Laxamana Hang Tuah pergi meminang Gusti Puteri untuk Sultan Mahmud. effek nenek2 kebayan yang tiba-tiba menghilang akibat letupan dan muncul semula di tempat lain juga akibat letupan memang benar-benar membuatkan penonton kagum. Unsur magis yang lain juga saya kira perlu dibanggakan ketika nenek kebayan bertukar menjadi Gusti Puteri. Saya dan kawan-kawan betul2 kagum.

Dari segi lakonan..saya kira lakonan Gusti Putri memang benar2 berada pada tahap superstar antarabangsa di pentas teater. Hang Tuah pula bagi saya sudah agak fasih berbahasa Melayu dan sedikit berisi..hehehe..Saya agak kecewa dengan AC kerana pembawakan watak Gusti Adi Pati agak terlalu mencuba sehinggakan saya terpaksa menonton skrin substitle untuk mengetahui apa yang diperkatakan..Sultan Mahmud Melaka kali ini agak bersifat selamba terutanya pada babak Raja Ahmad menunjukkan kehebatan bersilat dengan Hang Tuah.

Gubahan lagu ada juga yang diberikan nafas baru tetapi bagi saya tetap sedap dan mantap. Nyanyian para pelakon pementasan ini boleh tahan. Nasib baik saya memang dah ada OST lagu2 pementasan musim kedua jadi ada lagu2 yang agak biasa di telinga saya.

Props pementasan ini juga ada pembaharuan yang tersendiri walaupun agak sama dengan pementasan yang sebelum-sebelum ini. Effek Gusti muncul di Gunung Ledang benar-benar membuatkan kawan saya kagum. Saya meremang bulu roma tatkala menyaksikan babak terakhir pementasan ini ketika Gusti Puteri menunggu Hang Tuah yang tak kunjung tiba..sedeyyyy...

Bagi saya jika akan ada PGLTM sesion 4 atau seterus2nya saya pasti tidak akan melepaskan peluang menyaksikan keajaiban yang seterusnya cuba ditampilkan walaupun Tiara dah announce berehat untuk memegang watak tersebut. Inilah kebanggaan malaysia sebenarnya. Malam tu juga saya berkesempatan berjumpa dengan Fafau n Dr Sheikh Muzaphar..hahahaha..best yang tidak terhingga.

Posted at 04:52 pm by joetosz
Kalo brani komen ar!  

Thursday, February 19, 2009
MeNTaL

Rakyat Malaysia tak sedar sakit mental

KUALA LUMPUR, 19 Feb.— Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri Prof Dr Mohammad Hussain Habil. Beliau berkata kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.

Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata kemajuan dalam bidang sains perubatan, skizofernia boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal. Beliau berkata jika penyakit dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.

Adalah penting, kata beliau untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas. Penyakit ini, kata beliau tidak semestinya disebabkan keturunan tetapi adalah lebih akibat daripada perubahan kimia dalam sel-sel otak dan ia tidak hanya terbatas dalam kumpulan etnik tertentu atau kepercayaan.

Mohammad menasihatkan para ibu bapa supaya mengawasi simptom berkaitan kerana penyakit ini dilihat ketara dalam kalangan remaja. Katanya para ibu bapa dan anggota keluarga lebih memahami kerana ia amat penting untuk pemulihan awal. Beliau berkata UMMC telah merawat ramai pesakit dan regim rawatan bukan hanya ubat-ubatan tetapi juga pemulihan daripada segi penempatan kerja dan latihan vokasional. — Bernama

* p/s : i was thingking someone when read this news..hahahahaha

Posted at 04:23 pm by joetosz
Dah ada mesej! (1)  


Previous Page Next Page







<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31






rss feed